Khamis, 31 Januari 2013

Penjagaan Hamster

tahukah anda bagaimana untuk menjaga hamster dengan cara yang betul??
disini saya ingin berkongsi sedikit info berguna bagaimana cara-cara untuk menjaga hamster dengan betul ;

1-sangkar/cage
 mestilah bersesuaian dengan jumlah hamster yang anda ingin bela. Harga sangkar adalah berbeza mengikut saiznya. Anda boleh dapatkan sangkar hamster di pet store berdekatan dengan anda. Sangkar yang lebih kecil sesuai untuk jumlah hamster yang sedikit manakala sangkar yang besar sesuai untuk jumlah hamster yang lebih banyak. Elakkan membeli sangkar yang mempunyai laci pada bahagian bawahnya kerana apabila hamster membuang air kecil, ia mungkin akan keluar melalui laci tersebut.Elakkan membela hamster anda didalam akuarium kerana pengudaraanya yang tidak baik dan menyebabkan bau busuk berlaku dgn cepat.


2-Bekas air
untuk bekas air hamster pula adalah lebih sesuai untuk anda gunakan dari jenis gantung (botol air) seperti gambar dibawah ini ;


Ini adalah kerana air di dalam botol tidak akan terkeluar dan menyebabkan kebasahan pada bedding hamster anda berbanding bekas air yang terdedah di dalam sangkar. Selain itu ia juga memudahkan anda untuk menukar ganti sekiranya air di dalamnya habis atau kurang. Botol air ini juga terdapat dalam berbagai saiz.

3-Bedding
untuk bedding pula, selok-eloknya pilihlah bedding yang lembut dan anti-bacteria. Bedding boleh didapatkan dalam pelbagai jenama. untuk anda yang selalu sibuk adalah baik untuk anda membeli bedding yang mempunyai haruman, ini kerana ia mampu untuk bertahan lebih lama dari berbau busuk. tukar bedding hamster anda 2 kali seminggu atau sekiranya perlu.


4-perlatan lain
Hamster adalah haiwan kecil yang selalu gembira. jadi anda perlulah menyediakan sebuah taman mini untuk hamster anda sebagai tempat permaina buatnya. antara perlatan permainan yang selalu digunakan adalah roda berpusing, terowong kecil dan tempat bersembunyi (penting bagi ibu hamster yang telah melahirkan anak)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan